SELAMAT DATANG AND WELCOME.....TERIMA KASIH TUAN/PUAN KERANA MELAWAT BLOG UNIT PENGERAK PERPADUAN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMUNITI JPNIN IBU PEJABAT)!!!

Tuesday, May 15, 2012

KEWUJUDAN PEGAWAI PENGGERAK PERPADUAN MASYARAKAT

Latar Belakang Pegawai Penggerak Perpaduan Masyarakat:

Unit Penggerak Perpaduan merupakan Unit Baru diwujudkan oleh JPNIN, ia diletakkan dan mula beroperasi di Bahagian Pembangunan Komuniti (PK), mulai 2 Januari 2012. Bahagian Pembangunan Komuniti (PK) JPNIN Ibu Pejabat memerlukan jentera tambahan untuk terus memperkukuhkan pembangunan komuniti setempat dalam mengwujudkan keharmonian masyarakat dan perpaduan di kawasan-kawasan berisiko tinggi (Hot Spot) seluruh negara.  Pegawai JPNIN yang sedia ada di peringkat Daerah sekarang tidak mencukupi dan menghadapi kekangan dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kerana perjawatan sedia ada tidak seimbangan dari segi nisbah dengan populasi penduduk. Disamping itu Pegawai JPNIN sedia ada di Daerah menanggung beban kerja yang berat melaksanakan Pentadbiran dan Pengurusan Jabatan, selain memantau dan menguruskan tugas-tugas berhubung dengan Rukun Tetangga, Tabika Perpaduan, Skim Rondaan Sukarela (SRS), mengesan Isu-isu dan Indek Perpaduan Kaum serta menyokong  program agensi-agensi Kerajaan lain di Daerah dan Negeri.

Menyedari hakikat ini, pada 30 September 2009 Jabatan telah  memohon kepada Jemaah Menteri dan jemaah Menteri bersetuju untuk mengwujudkan 54 Jawatan ”Pegawai Penggerak Perpaduan Masyarakat” di Kawasan Parlimen yang dikenalpasti berisiko tinggi untuk membantu Pegawai JPNIN yang sedia ada.

JPNIN telah mengemukakan surat permohonan kepada Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kelulusan bajet, bagi tujuan pembayaran gaji kepada Pegawai Penggerak Perpaduan, pada 15 Oktober 2009.

Pada 13 November 2009, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan surat kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam meyatakan bahawa Perbendaharaan telah meneliti permohonan berkenaan dan berpendapat perlantikan jawatan tersebut hendaklah dibuat secara ”Contract For Service” dibawah peruntukan OS29000 seperti ditetapkan di Perkeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008.

JPNIN telah menerima surat daripada Kementerian Kewangan  mengenai pengambilan 47 jawatan Pegawai Penggerak Perpaduan Masyarakat (PPPM) Gred S32 (berupa Kontrak setahun ke setahun) pada 12 Januari 2010.

Pada 18 Februari 2010, JPNIN mengemukakan Surat kpeda JPA untuk memohon penambahan 7 lagi Jawatan PPM yang sedia ada, dan pada 15 April 2010, Kementerian Kewangan telah meluluskan Jawatan yang dipohon tersebut.

Objektif Penubuhan Pegawai Penggerak Perpaduan:

Objektif pertama Pegawai Penggerak Perpaduan Masyarakat ini adalah bagi memantapkan perpaduan dan keharmonian masyaratkat diperingkat komuniti melalui pendampingan sosial dan program penggalakan.

Objektif kedua, Pegawai Penggerak boleh mengesan dan mengurangkan ketegangan sosial melalui pendekatan bersama masyarakat, kemahiran mediasi dan sessi dialog.

Objektif ketiga, ianya boleh menjadi saluran untuk menyampaikan ”pain points” yang mencetuskan masaalah perhubungan dalam masyarakat kepada agensi-agensi berkaitan untuk tindakan penyelesaian.


Tugas Pegawai Penggerak Perpaduan Masyarakat:

Menjadi jentera penting bagi mempertingkat dan memperkukuhkan keharmonian masyarakat di kawasan berisiko tinggi;

Memantapkan perpaduan dan keharmonian masyarakat diperingkat komuniti melalui pendampingan sosial (social outreach) dan program penggalakkan;

Mengesan dan mengurangkan ketegangan sosial melalui pendekatan bersama masyarakat, mediasi dan dailog;

Menjadi penyalur untuk menyampaikan "pain points" yang boleh mencetus masalah perhubungan dalam masyarakat kepada Agensi berkaitan untuk tindakan penyelesaian.

Mengesan dan mengenali pasti tanda-tanda yang boleh menimbulkan ketegangan dalam komuniti, kemudian meredakan keadaan;

Membantu merancang, melaksana dan menilai program-program penggalakan JPNIN supaya kesejahteraan dan keharmonian masyarakat setempat terpelihara;

Menjadi penyalur maklumat ketegangan sosial yang betul kepada masyarakat



Disediakan Oleh:
Ibrahim Abdullah, bkt (Mlka)
Ketua Unit Penggerak
Bahagian Pembangunan Komuniti JPNIN, Ibu Pejabat.

Thursday, March 29, 2012

Gambar Selepas Mesyuarat Program Sayangi Komuniti di JPNIN HQ

Pegawai Penggerak Perpaduan Masyarakat Zon Tengah (Selangor dan WPKL) dan Pengerusi & AJK KRT Seri Perantau bergambar kenangan bersama YBhg Datuk Dr. Denison Jayasooria (Tiga dari kiri) - Fellow Utama UKM (KITA) merangkap Ketua Penyelaras Program Sayangi Komuniti , Tn. Haji Hadi Mohd Salleh (Empat Kiri) (Pengarah Pembangunan Komuniti JPNIN HQ), Tn Haji Halim Omar (Lima Kiri) - Pengarah JPNIN Selangor.



Wednesday, March 7, 2012

KONSEP PENGGERAK PERPADUAN:

Pegawai Penggerak Perpaduan Masyarakat (PPPM) diberi tugas yang khusus bagi membantu Pegawai Perpaduan Daerah dan JPNIN Negeri menangani isu-isu perpaduan. Mereka yang dilantik seramai 54 orang akan ditempatkan di Kawasan Parlimen yang dikenal pasti berisiko tinggi kemungkinan berlakunya isu-isu ketegangan yang akan menjejaskan perpaduan setempat.

Program Khusus yang boleh dilaksanakan adalah "Program/Aktiviti Perdampingan Sosial (Social Outreach)" dan "Program Penggalakan" melibatkan Agensi-agensi Kerajaan yang lain. Sebagai contoh diantaranya Program Turun Padang (Walk About) di Kawasan yang mempunyai masalah sosial yang tinggi seperti di Apartment/Flat. PPPM perlu mengenalpasti masalah dan keperluan masyarakat setempat kemudian mengadakan sessi dailog antara Penduduk bersama Agensi-agensi lain bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Program sessi dialog, ziarah dan aktiviti yang dilaksanakan akan dapat meningkatkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Program yang hendak dilaksanakan oleh PPPM haruslah mendapat kelulusan perbelanjaan daripada Jabatan terlebih dahulu dan haruslah berlandaskan prosedur kewangan yang sedia ada di JPNIN. Selepas program dilaksanakan laporan kejayaan program/aktiviti, laporan kewangan serta beberapa keping gambar harus disediakan dan dimajukan kepada JPNIN Daerah, Negeri dan Ibu Pejabat melalui email pengerak400@gmail.com.

Sekian.

Thursday, February 16, 2012

TUGAS-TUGAS PEGAWAI PENGGERAK PERPADUAN MASYARAKAT:

Tugas Ketua Pegawai Penggerak Perpaduan Masyarakat:

1. Merancang, melaksana, memantau dan menilai program-program pengesanan isu dan masalah perpaduan dan program-program penggalakkan perpaduan;

2. Bertindak sebagai Mediator Komuniti;

3. Menyelaras program-program pengukuhan perpaduan masyarakat setempat;

4. Menyelia pasukan PPM dalam pelaksanaan tugas;

5. Mengurus dan mentadbir Unit PPM;

6. Menyediakan laporan berkala

7. Mengesan dan mengenalpasti “pain point/tanda-tanda yang boleh menimbulkan ketegangan dan masalah masyarakat diperingkat akar umbi;

8. Mengadakan hubungan/jaringan erat dengan pertubuhan bukan kerajaan, agensi-agensi awam dan swasta yang terdapat di kawasan seliaan;

9. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Atasan (Pengarah JPNIN Negeri dan Pegawai Perpaduan Daerah serta Pegawai JPNIN HQ), dari masa kesemasa.


Tugas Pegawai Penggerak Perpaduan Masyarakat (PPM):

1. Mengenalipasti, mengesan dan melaporkan isu dan masalah perpaduan masyarakat.

2. Bertindak sebagai mediator komuniti;

3. Membantu merancang, melaksana dan menilai program-program penggalakan perpaduan;

4. Menyalurkan isu masalah tentang perhubungan kaum kepada agensi-agensi berkaitan untuk tindakan;

5. Mengadakan jaringan dan hubungan dengan masyarakat setempat;

6. Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Pegawai Atasan (Pengarah JPNIN Negeri, Pegawai Perpaduan Daerah serta Pegawai JPNIN HQ) dari masa kesemasa.

Tuesday, January 24, 2012

NAMA PEGAWAI PENGGERAK- KAWASAN PARLIMEN NEGERI - 2012...!!!

KUOTA 54 ORANG PEGAWAI PENGGERAK DI-NEGERI-NEGERI: 1. P.PINANG - 11 2. PERAK - 14 3. KEDAH - 3 4. MELAKA - 3 5. JOHOR - 5 6. SELANGOR - 7 7. WPKL - 10 8. NEGERI SEMBILAN - 1 -------------------------------------------------------------------- NAMA PEGAWAI PENGERAK PERPADUAN MASYARAKAT (PPPM) DI KAWASAN PARLIMEN, NEGERI-NEGERI DAN E-MAIL:- 1. Ku Norzaidi bin Ku Mat - PP (P.Pinang) - Nibong Tebal - Ku_zaidy@yahoo.com.my 2. Tan Chai Liang - PP - Batu Kawan - tclbm@yahoo.com 3. Khaw Tee Yong - PP Bagan - khawteeyong@yahoo.com 4. Yuhezri bin Mohd Yusuff - PP Balik Pulau - ymy3012@gmail.com 5. Por Joo Tee - PP Bayan Baru - porjootee@gmail.com 6. Choong Jun Jie - PP Bukit Gelugor - marvyncjj@gmail.com 7. Mohd Fauzi bin Hussin - PP Pematang Pauh - mfh_ppauh@yahoo.com 8. Lee Chai Guan PP - Bukit Mertajam - drleecg@gmail.com 9. Yew Khean Siang - PP Bukit Bendera - yks7268@gmail.com 10. Kosong .....................(Tanjung) 11. Kosong .......................(Jelutong) 12. Lei Chin Seong - PRK (Perak) Ipoh Barat - Cslei2001@yahoo.co.uk 13. Leong Wai Kit - PRK Batu Gajah - waikitleong@yahoo.com 14. Low Kim Piau - PRK Ipoh Timur - lowkimpiau@gmail.com 15. Muhammad Syafiq Syazwan bin M.Anuar - PRK Tambun - syafiqbent@yahoo.com 16. Noor Awasanadi bin Abdullah - PRK Parit - asmadiparit@yahoo.com 17. Teoh Tean Leong - PRK Taiping - teohteanleong@gmail.com 18. Mohd Najib bin Mohd Mokhtar - PRK Bagan Datok smart_person78@yahoo.com 19. Eyok Poe Lieong - PRK Teluk Intan - epl_pgk@jpnin.gov.my 20. Ashokumar a/l Maruthamuthu - PRK Sg. Siput - askedukom@yahoo.com 21. Ramesh Raja a/l Muniandy - PRK Tapah - ramesh_pgk@jpnin.gov.my 22. Eee Chin Seong - PRK Beruas - 23. Kosong .................(Lumut) 24. Kosong...................(Tanjung Malim) 25. Kosong.......................(Pasir Salak) 26. Ooi Beng Kooi - KDH (Kedah) Sg. Petani - oiibengkooi@yahoo.com 27. Mohd Azwan bin Jamaluddin - KDH Jerai - azwankenari05@gmail.com 28. Azlinda binti Zainudin - KDH Merbuk - zlinda_orkid@yahoo.com 29. Pang Whye Nam - MLK (Melaka) Bukit Katil - Stevenpangwn78@yahoo.com 30. P.Shanmugam a/l A.Pitchay - MLK Tangga Batu - vpshanmic@yahoo.com 31. Kosong.........................(Kota Melaka) 32. Khoo Kong Ek - JOH (Johor) Gelang Patah - kke0505@gmail.com 33. Yee Kwee Kwang - JOH Pulai - yeokk458@yahoo.com 34. Roslan bin Hassan - JOH Pasir Gudang - olanitax@yahoo.com 35. Kosong ............................(Simpang Renggam) 36. Kosong...............................(Johor Bahru) 37. Chin Kum Weng - SEL (Selangor) Puchong - chin.rms@gmail.com 38. Lim Kean Yap - SEL PJ Selatan - yappylim@yahoo.com 39. Lee Kar Choon - SEL Pandan - leekarchoon@gmail.com 40. Zulkifli bin Mohammad - SEL Hulu Langat - zulkifmd@yahoo.com 41. Jafri bin Md Nor - SEL - Gombak - jefnoka1@yahoo.com 42. Ong Kean Ye - SEL - PJ Utara - toky74@hotmail.com 43. Kosong ........................Kelang 44. Muruga Rajan a/l Lingappan - WP.KL - Segambut - muruga_pgk@jpnin.gov.my 45. Nooli Juwita bt Baharom - WP.KL Batu - njb_jpnin@yahoo.com 46. Hu Jie Yau - WP.KL Cheras - stanley@stanleyhu.com 47. Poon Yip Hoon - WP.KL Bandar Tun Razak - yiphoon@yahoo.com 48. Chew Swee Hoo - WP.KL Seputeh - Kennethchew2@gmail.com 49. Zailani bin Hj. Abu Bakar - WP.KL Lembah Pantai - zabnm@yahoo.com 50. Kosong ......................Titi Wangsa 51. Kosong .........................Wangsa Maju 52. Kosong ...........................Kepong 53. Kosong ..........................Bukit Bintang 54. Kosong .............................Seremban Negeri Sembilan

Monday, January 16, 2012

SENARAI TUGAS PEGAWAI PENGGERAK PERPADUAN MASYARAKAT:

a).. Menjalankan tugas-tugas pemantauan dan mendapatkan maklumbalas mengenai isu dan masalah setempat dalam masyarakat dan mengemukakan laporan ke Jabatan JPNIN (Daerah, Negeri dan Ibu Pejabat);

b).. Boleh mencadang dan membantu melaksanakan program-program penyatuan dan perpaduan masyarakat yang dijalankan oleh JPNIN dan Rukun Tetangga di Kawasan seliaan;

c).. Menjalin perhubungan dengan NGO di Kawasan seliaan;

d).. Mesti berkerjasama membantu Pegawai JPNIN, JASA, Jabatan Penerangan, Polis Diraja Malaysia dan Agensi-agensi lain dalam menyampaikan taklimat kepada masyarakat mengenai isu-isu yang dikenalpasti dan cadangan penyelesaiannya kepada masyarakat setempat (mengikut arahan dan keperluan Pegawai Atasan JPNIN)

e)..Berkerjasama dengan Pegawai Perpaduan Daerah (PPD), Wakil Rakyat dan Penyelaras yang telah ditetapkan oleh JPNIN dalam melaksanakan program-program yang selaras dengan masalah masyarakat bagi membantu menyelesaiaknya;

f)..Membantu Pasukan Mediasi dan Penyelesaian Konflik;

g).. Membantu Pegawai Perpaduan Daerah (PPD) menjalankan tugas-tugas pengesanan dan pemantauan isu konflik didalam Kawasan seliaan;

h)..Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah Perpaduan Negara dari masa ke semasa.